Friday, April 20, 2018

Cycling @ Touring

Aku mula berjinak berbasikal sejak  hujun tahun lepas ( dlm bln 10/2017). Nak kata baru kayuh tu x la. Aku ada basikal yg dah lama tersimpan pemberian dari ayah aku. Actually aku yg minta, sbb tgk dia x naik. Aku rasa hampir 3-4 thn juga x naik basikal tu. awal2 dulu yg aku tau org naik mtb utk offroad n rb utk onroad tp rupanya ada satu lagi, basikal touring 😅. Semuanya bermula bila ada member aku yg wat gila pusing semenanjung dgn basikal. X cukup semenanjung, depa kayuh p borneo plak yg mana merangkumi sabah, sarawak dan kalimantan. Pada mulanya kagum bila mana ada juga org gila yg sanggup kayuh beribu km. Tapi lama kelamaan bila aku bergaul, aku pun mula jadi gila mencari dimana keseronokkannya, kelebihannya. Kebetulan pada masa yg sama aku ingin mencari suatu aktiviti yg dapat aku beriadah tanpa perlu melibatkan org lain atau teman. Maksud kata, sorang2 pun bleh beriadah. So bermula bln 10, thn 2017, berbekalkan basikal mtb pak aku, aku tekad utk mencuba berbasikal sorang2, diwaktu mlm. Awalnya, aku cuma kayuh 10 ke 20 km. Masa tu ajak member pun, member x layan, katanya x dan nak peluh kalau kayuh jarak tu. xpe, aku abaikan. Aku kayuh berseorangan sambil menimba ilmu kayuhan dr kawan yg berpengalaman. Aku mula obses dgn minat yg satu ni. Pantang masa terluang, aku akan kayuh walaupun basikal yg aku naik ni x sesuai utk kayuhan jauh atas sebab ianya agak uzur dan buka dicipta utk lasak. Tiap minggu kena bawa basikal ke kedai pomen utk diketatkan yg mana longgar. 😂 . Aku mula upgrade sikit demi sedikit apa yg termampu bermula dr tayar, rim, crankset, pedal hinggalah ke cassette gear.Aku simpan niat waktu tu, dikala aku mencapai jumlah jarak kayuhan sbanyak 1000km, aku akan menghadiahkan diri aku sebuah basikal yg sesuai utk touring. Akhirnya, tercapai gak beli basikal basic touring yg mana bagi aku sudah cukup puas hati.

Langkawi Round Island Ride - 9 &10 Feb 2018



Waktu ni tgh musim angina timur, kuatnya angin bertiup jgn tanyala....mmg sempoi. Enjoy.


#JanjiKayuh
#JanganJemu
#KomunityTouringUtara
#MaqasidCyclotour

Kayuhan Penutup Tirai 2017 - Rest Top Banjaran Titiwangsa - Sg. Petani (170km)


Actually, x plan just suddenly my friend/sifu @Fauzul Hasny ajak aku. Katanya, " Zam, jom kita sambut budak2 yg kayuh pusing Malaysia tu dekat Banjaran, bleh kita kayuh turun skali dgn depa". Pada mulanya ingat dlm 100km ja... tup tup, dah odw baru perasan total distance from Banjaran ke SP dalam 170 km....hahaha. Apa nak buat labu, Kayuh je la. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan kayuhan tepat menyambut malam ambang tahun baru 2018.



#JanjiKayuh
#JanganJemu
#KomunityTouringUtara
#MaqasidCyclotour


Monday, September 16, 2013

~ Mari belajar Photoshop ~

Di sini aku nak kongsikan satu laman web yg bagi aku sendiri agak menarik. Mungkin bagi pencinta-pencinta grafik atau ilmu atau pada sapa2 yg minat, ianya  mungkin berguna. Aku memang minat tp masa agak terhad utk aku meniliti serta mentelaah satu persatu. So, apa yg mampu aku buat, bila ada kawan2 yg minta tolong baru la aku merajinkan diri aku utk mencari idea2 buat  tatapan agar otak sentiasa berjalan demi sesuatu yg terbaik.

http://www.instantshift.com/2012/10/30/75-excellent-photoshop-abstract-and-light-effect-tutorials/

Ianya mengenai "75 Excellent Photoshop Abstract and Light Effect Tutorials". So rajin2 la korang layari sendiri, mana tahu mungkin berbaloi baloi..... hehehe. K that's all for today.

Saturday, April 27, 2013

~I'm a Jobless~

25 April 2013 bersaan hari khamis aku menjadi seorang penganggur setelah 4 thn 8 bln bekerja di Fuji Electric (Malaysia) Sdn Bhd. Permohonan VSS aku telah di luluskan, tetapi aku x tahu sama ada aku perlu gembira dgn keputusan yg aku buat atau sedih kerna terpaksa meninggalkan kawan2 sekerja yg aku anggap seperti adik beradik.

Apapun hidup mesti diteruskan. Andai kata aku x keluar dr kilang ini, suatu hari nanti pasti aku ttp kene berhijrah juga. Selama mana aku nak kerja dkt situ, mungkin aku dah terlalu selesa dkt Fuji and that's why aku dah rase d'motivate nak stay more longer in the company. Lagi pun aku dah rase mcm aku x gain ape2 knowledge dah kat situ. So aku guna kan kesempatan ini utk keluar berhijrah dgn sebuah harapan ada sesuatu yg lebih baik buat aku sekeluarga di luar sana.





Ini gmbr2 yg sempat diambil dgn member2 dr Equipment Engineering Department (EED). Gmbr yg last sekali adalah gmbr aku dgn former boss aku Mr. Chan Kom Seng. Beliau lah org menyebabkan aku berada di Fuji. Bg aku die seorg boss yg paling best, sempoi dan plaing aku respect. Sepatutnye dia dah pencen tp skrg die bekerja secara contract dgn Fuji. Saat ni mmg aku x leh sembunyikan air mata aku. Br nak minta maaf, berderai derai air mata jatuh....x dan nak wat pa. Aku terhutang budi dgn die, die byk ajar aku. 

K la, will be continue....cari kerja....cari kerja....cari kerja....

Monday, April 8, 2013

VSS datang lagi...

Sepanjang 4 thn 7 bln aku keje disini, dah 3 kali aku mengharungi VSS termasuk yg terkini. Rabu (3 April 2013) lepas, VSS datang lagi. Ini mungking disebabkan oleh bisnes yg agak suram bg thn ini. Kali ini VSS ditawarkan hanya kepada indirect staff (exempt/non-exempt) dgn alasan utk mengurangkan staff yg terlebih.

Setelah ditimbang timbang dan difikirkan dalam2, aku pun turut serta memohon VSS bagi kali ini kerna bg aku lg lama aku tunggu, bisnes ini tetap x berubah ibarat pepatah hidup segan mati x mahu. Cume skarang aku kena fikir apa langkah seterusnya kalau aku dpt. Aku percaya rezeki itu ada dimana-mana dan datang dr Allah s.w.t. , cume kite ni sebagai hambanya kene la berusaha sebaik mungkin dlm menjalani hidup sehari-hari di dunia yg sementara ini. Apepun aku dah tekad dgn keputusan aku. Kita cume mampu merancang tp Allah s.w.t maha merancang, aku hanya mampu berserah, tawakal dan berusaha. Aku percaya dgn ketentuannya.

Esok ialah tarikh akhir utk menghantar borang bg VSS. Kite lihat la sape yg dpt.....hehehe. Siapa yg dpt akan diberitahu pd 23 April 2013. So sementara  tu, keje la macam tiada apa yg berlaku...k chow.


Saturday, April 6, 2013

Nur izzah Maisarah - 2 Thn

Dah lame x update blog ni, rase syg plak nak biarkan terbiar je. Diri rase terpanggil pulak untuk mulakan balik dgn melakukan beberapa penambahbaikkan dgn mengekalkan blog ni & pada masa yg same truskan minat aku dgn wat perkara yg aku minat (cube teka....hehehe). 

Anak aku Nur izzah maisarah pun dah 2 tahun lebih. Cepat sungguh mase berlalu dan sepanjang masa tu jugakla aku rasa dah sampai masanya aku wat apa yg aku minat iaitu berkenaan dgn projek2 electronic. Aku ada ilmu dlm bidang tu, tp kalau x amal dan gunekan rase cam sia2 plak aku blajar tp x guna dan akhirnya lupa. So drpd aku start lupa semua why not aku wat project kecil2-an as hobby ye x. Sekurang-kurangnye leh gak hiburkan diri sendiri di masa lapang.

Di bawah ni gmbr sewaktu birthday Maisarah.



Actually, x plan pun nak wat. Just panggil anak2 jiran yang mane ada then wat ala kadar je. Yang penting die budak2 tu happy. K chow....

Friday, May 20, 2011

ultrasurf guna line internet percuma


Cara-Cara Menggunakan Celcom Broadband Secara Percuma

Hari ini aku nak ajar korang semua cara2 nak menggunakan celcom bb secara free, bermaksud walaupun credit celcom bb prepaid kita dah habis atau celcom bb postpaid dah kena bar...

mula-mula download ultrasurf 9.4 kat sini

http://www.ultrareach.com/download_en.htm

dah download... open la...

ok pilih option -> untick start ie automically at start,

pastu turun bawah ambik proxy setting tick direct used ultra surf...

kemudian exit..

Dalam browser yang korang guna tu set manual proxy 127.0.0.1 dengan port 9666

dah..? bagus...

skang connect 3g modem,walaupun credit dah habis atau kena barred tapi still boleh connect lagi, kalau bukak browser dia akan cakap, YOU HAVE UNSUFISEAN BALANCE bla, bla bla,.... tapi kalau dah set manual proxy dia tak kuwar..

dah connect, run ultrasurf 9.4 tunggu sampai dia cakap "suceessfully connected to server"

* Jika ada yang tak dapat connect guna ultra surf. Sila Guna Configurasi ini ada 2.

1. Dalam Ultrasurf ->option->Proxy Setting ->Manual Proxy Setting ->Proxy Host 10.128.1.242 Proxy Port 8080->ok->close ultasurf->open balik

Kalau tak boleh jugak

2. Dalam Ultra Sulrf Proxy Setting ->Direct use ultrasurf

skang dah boleh open browser yang telah di set manual proxy tadi,

confirm boleh surf, youtube dan download walaupun credit prepaid celcom bb dah habis atau line celcom bb pospaid kena bar...

Sunday, March 20, 2011

~Nur Izzah Maisarah~

9 March 2011 9:12 am - Admit Hospital


10 March 2011 1:16 pm - Thank God, both of them are safe.


11 March 2011 6:14 pm - For the first time, Nur Izzah Maisarah open her eyes and starring at me.


11 March 2011 7:25 pm - This shot taken before i changed her pampers. So cute & matured.


20 March 2011 1:24 pm - Hahaha...Maisarah...my baby.

Monday, September 20, 2010

~NaMa PeNA @ NIckNAme~


Namaku zamzahari bin ishak tetapi aku selalu gune "zamzahari ishak" dan aku lebih senang dikenali dengan nama tersebut. Aku bangga dgn nama aku yg diberikan oleh kedua ibubapa aku. However, masih ade insan yg suke pkai nick name yg ape2 ntah, terutamenye dlm facebook, friendster & sewaktu dgnnya. Actually aku x kisah kalau sesiapun nak pkai name pena yg pelik2 tp bagi diri aku rugi la die org yg berpendirian sebegitu. Bagi aku kite patut bangge dgn name kite , tak payah la gune name yg pelik2 kalau sekalipun hanye utk sekadar bergurau. Ianya hanya menyukarkan org lain utk mengenali diri anda sedangkan anda telah tersenarai sebagai salah seorang kawan. Jujur la dgn diri sendiri.

Bagi aku Facebook ni ada kebaikan nye jika kite gune dgn cara yg berkhemah. Selain mencari dan bertemu semula dgn kenalan lama yg mungkin sudah bertahun terputus hubungan, byk maklumat serta informasi yg boleh diperolehi atau diperhebahkan dgn cepat , pantas dan berkesan tapi seperti yg aku katakan tadi, setiap perbuatan mestilah disertai dgn niat yg baik, hati yg ikhlas & sifat yg jujur baru la ianye memberi kebaikan buat semua org yg menggunakannye. Ini tidak, ape yg berlaku adalah sebaliknye. Ade segelintir penggune yg gemar menggunakan nama pena yg bukan2 kemudian sesuka hati memberi komen yg kurang baik, memaki hamun atau berbentuk lucah dgn niat dan harapan mereka atau mangsa tidak akan mengenali siapa punya angkara. Bagi aku mereka semua ini adalah seorg yg penakut , yg mana takut akan kebenaran. Akhir sekali, biarlah berani kerana benar dan takut kerana salah, bukan sebaliknye.....


p/s:- Ramai kawan2 Facebook aku yg menggunakan nama pena lain sbagai pengganti nama dan ramai kawan2 ku yg hingga skrg masih belum aku ketahui nama mereka sedangkan meraka adalah kawanku.

Monday, June 28, 2010

~Bab Nikah Kahwin Part 1~

Pehhhhh...lame nye aku x ber " blogging", hehehe. Dr status ku solo hingga la bergelar suami org. camne erk nak upload smua kisah lepas yg telah menjadi sejarah dlm hidupku walaupun ianya hanya dlm selang masa sebulan ++. So utk memudahkan...aku upload je la gmbr2 yg bg aku pnuh makne dan punyai nilai sentimental yg tersendiri.

"Aku terima nikah Norlaily Binti Motsidi dengan mas kahwinnya seribu dua puluh dua ringgit setengah tunai".....sah...sah....sah

Upacara batal air sembahyang...........

Berdua disamping hantaran masing2..........

Ketibaan mempelai........


Arrrghhhh, ngantuk la plak. esok la aku sambung lain tp sblum 2 korang tgkla gmbr diatas sekadar santapan mata seketika.

Sunday, May 9, 2010

~10:36 PM , 9 maY 2010~

Sat sgt masa berlalu, sedar2 dah seminggu aku balik dr Tangkak, Johor. Selesai sudah urusan di sana, cume menanti waktu yg akan tiba. Aku g Johor Sabtu lepas (1 May) , gerak pd pkl 06:15 a.m. & sampai pkl 14:00 p.m. Aku trus check-in kat motel D'anjung Inn dgn kadar bayaran RM 60 (2 katil single) sementara nak tunggu cik lily pulang dr kenduri. Pkl 3 ptg aku amik lily n trus bawe die temn aku g mkn kat Marry Brown, Bkt Gambir. Aku yg tringin mkn kat c2 coz kat S.P x dak.....hehehehe. Balik 2 kami ke Muar utk melawat anak buah baru Lily , Nor Farah Hanna. Sekejap je kat c2, then on d'way balik kami singgah bersolat di Masjid Sultan Abu Bakar Tanjung Emas .lepas antar Lily kat umah aku trus berangkat pulang ke Motel.

Dlm sekitar pkl 5 pagi aku dikejutkan dgn bunyi bising dr ketukan pintu motel. Dlm hati aku memaki hamun akan org yg melakukan sebegitu. Akhirnye , ada org mengetuk pintu blk aku dan ketika aku membuka pintu blk br ku sedar JAIJ sedang menjalankan tugas rondaan dr blk ke blk. Aku x wat salah , so abis je die tanye "Cik seorang?", aku pun menjawab"A'ah, saya seorg je.", aku pun trus ttp pintu & smbg tido blk.

Hari Ahad aku bgn awal tp terperap je dlm blk. Pkl 3 br aku kuar g umah Lily utk mkn tghr (tghr ke?...mcm mkn ptg je. Hehehe....) . After perut dah penuh, aku, Lily , Ain (Adik Lily) & Maknye g ke Umah photographer utk booking pakej bergambar utk nikah dan kenduri blah Lily.

Hari Isnin, seawal 8:30 pg aku dah terpacak kat umah Lily. Utk pertama kali Lily wat breakfast kat aku. lepas breakfast. Aku & Lily serta ditemani oleh Ain pergi ke Pejabat Agama Daerah Ledang utk settlekan dokumen2 yg diperlukan bg pihak perempuan sebelum mendapat kebenaran bernikah. Byk nye nak cite...pendekkan pas 2 aku g Giant, Muar then mkan kat KFC Bkt Gambir then trus g Butik Andaman "Pengantin Remaja" kat deret block yg sama serta g CIMB Bank masukkan cek dan re-new ATM Card. Petang tu gak aku g jumpe Tok Kadi utk serahkan borang permohonan nikah kami. Lega rasa bila dah wat semue ni. Mlm 2 gak aku gerak ke K.L utk menemui Azan & rakan2.

Sampai di K.L pkl 12 mlm, trus ajak die org g mkn kat Williams kat area Kelana Jaya. Sekali sekala apa salahnya, bkn jumpe dieorg selalu pun. Kebetulan yg join cume Azan, S.G & Abe je. So, tu kire mcm bachelor parti la utk aku dgn Abe coz abe pun akan kawin ujung bln nie. Tahniah Abe (itupun kalau ko terbaca blog aku nih...). Maap bebanyak aku x leh hadir coz cuti aku cume berbaki 2 hari je, itupun utk kenduri aku nanti. Seronok dpt mengenali ko Abe. Mungkin kalau bukan kerana Odeng, kite x mungkin berkawan dan aku ttp akan ingat waktu dan ketika pertama kali aku ke Air Terjun Berkelah bersama engko, Odeng, Yati & sorang g sape ntah aku x ingat name nye....sorry.

Friday, April 23, 2010

~MaRI MEmAnCiNg......IkAN~

Last Wednesday aku telah memaksa diri ini utk mengguna pakaikan annual leave yg ade utk membolehkan aku menyertai....ye ke mnyertai ? aku rase aku yg gatal nak ikut g mancing dgn member kilang.Disebabkan mereka2 yg mengajak itu bekerja mengikut shift, so terpaksa la aku ikut waktu cuti die org. That's why aku terpaksa amik cuti jugak kalau nak ikut....huhuhu. Burn cuti aku sehari dek kerana perasaan ingin pergi memancing yg meluap2....cume xde kpale je yg nak bawak & mengajak aku .

Tempat lokasi adalah di Segantang Garam, Merbok (Kalau x silap aku la). Jika ingin kepastian anda bleh melayari http://www.terapungchalet.com . Ini adalah pengalaman pertama aku. Bg aku ianya menarik, cuaca pada ketika itu agak berangin, panas 2 normal la tp ada tmpt utk berteduh sambil menanti umpan mengena. Susah bg aku utk menggambarkan tempat 2, tp bg aku sesuai la utk kaki pancing, family trip ke @ mcm2 la yg sewaktu dgnnye. Malas lak nak mengulas dgn pnjg lebar. Selebihnye layari @ klik pd link web site di atas.








Sunday, April 11, 2010

~MinggU LepAs Yg MemEnAtKAN~

Sepanjang minggu lepas, jadual aku amat padat serta meletihkan. Byk kerja yg perlu aku bereskan dlm waktu yg singkat serta pada masa yg sama. kalau boleh belah dua xpa la gak, bleh la aku berada di dua tempat berbeza pd waktu yg sama.....huhuhu. smalam ingat x nak g keje dah, tibe2 bos kuasa dua lak call suruh tgk machine die dr pkl 11 a.m. hingga 9 pm br blk. Hari ni aku x bg pluang... pkl 3 br bgn tido...kueng3, padan muke aku.

Mungkinkah minggu ini akan menjadi sambungan minggu lepas, same2 kite nantikan.....hahahha. Yg pasti esok dah ade keje menanti buat ku. Keje je la slagi termampu kan kan kan....

Monday, April 5, 2010

~BeRAt BaDAN bErLEbIHAn~

HuhUHuhUhuHu...berat aku naik la plak. Skrang musim ujan, so niat aku nak berjoging selepas waktu kerje agak terbatas. Ptg td pun aku ingat nak jog, tgk atas pandang langit, awan gelap berkepol kepol. Xkan aku nak g jog gak...mmg cr basah la jwbnye kakau aku g gak. So aku pasang la plan kedua...main ping pong. Aku pun tepon teman sepermainan ajak berentap tp apa kan daya beliau tewas sbelum bertarung. heheHe....sory mukram...hahahaaaa.

Ari ni nak kate byk keje x jugak tp ade la bende yg kene buat such as sourcing parts yg perlu utk aku up machine LIM (Laser Index Marking), request quotation for those parts then g tgk machine. Beside that aku update PM checklist utk machine Mechanical Texture doned bg bln lepas. Byk lg machine yg nak kene up, tp biasela keje x pernah abis. Bln 6 plan nak masuk machine dkt M2GF ...adekah ianya akan menjadi satu kepastian???same2 kite nantikan. kalau ya maka bertambah lah kawasan jajahan yg perlu dilawati. HahHAhahA...

Sunday, April 4, 2010

~RuMaH Ku SyURga Ku~



Last Friday, on the way going back home from work aku singgah sebentar di tapak pembinaan rumah aku dan lihat perkembangan terkini. Alhamdulillah, die org tinggal nak bubuh tar jln, Paip air, tembok umah/pagar, sinki dapur & beberape perkara yg remeh. harap2 bleh la siap serta diduduki bln 6 ni.





Rest Area Idea SCHOTT 2021 ~Design 2~