Friday, April 20, 2018

Cycling @ Touring

Aku mula berjinak berbasikal sejak  hujun tahun lepas ( dlm bln 10/2017). Nak kata baru kayuh tu x la. Aku ada basikal yg dah lama tersimpan pemberian dari ayah aku. Actually aku yg minta, sbb tgk dia x naik. Aku rasa hampir 3-4 thn juga x naik basikal tu. awal2 dulu yg aku tau org naik mtb utk offroad n rb utk onroad tp rupanya ada satu lagi, basikal touring 😅. Semuanya bermula bila ada member aku yg wat gila pusing semenanjung dgn basikal. X cukup semenanjung, depa kayuh p borneo plak yg mana merangkumi sabah, sarawak dan kalimantan. Pada mulanya kagum bila mana ada juga org gila yg sanggup kayuh beribu km. Tapi lama kelamaan bila aku bergaul, aku pun mula jadi gila mencari dimana keseronokkannya, kelebihannya. Kebetulan pada masa yg sama aku ingin mencari suatu aktiviti yg dapat aku beriadah tanpa perlu melibatkan org lain atau teman. Maksud kata, sorang2 pun bleh beriadah. So bermula bln 10, thn 2017, berbekalkan basikal mtb pak aku, aku tekad utk mencuba berbasikal sorang2, diwaktu mlm. Awalnya, aku cuma kayuh 10 ke 20 km. Masa tu ajak member pun, member x layan, katanya x dan nak peluh kalau kayuh jarak tu. xpe, aku abaikan. Aku kayuh berseorangan sambil menimba ilmu kayuhan dr kawan yg berpengalaman. Aku mula obses dgn minat yg satu ni. Pantang masa terluang, aku akan kayuh walaupun basikal yg aku naik ni x sesuai utk kayuhan jauh atas sebab ianya agak uzur dan buka dicipta utk lasak. Tiap minggu kena bawa basikal ke kedai pomen utk diketatkan yg mana longgar. 😂 . Aku mula upgrade sikit demi sedikit apa yg termampu bermula dr tayar, rim, crankset, pedal hinggalah ke cassette gear.Aku simpan niat waktu tu, dikala aku mencapai jumlah jarak kayuhan sbanyak 1000km, aku akan menghadiahkan diri aku sebuah basikal yg sesuai utk touring. Akhirnya, tercapai gak beli basikal basic touring yg mana bagi aku sudah cukup puas hati.

No comments:

Rest Area Idea SCHOTT 2021 ~Design 2~